selamat datang..!!!

Saturday, September 10, 2011

Wahai Daie... Jangan Lemah

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah..
dpt gop update blog ari nih..ana nk share something la dgn sume..dr apa yg ana bce kat satu laman web mih..copy n share kat sume orang..huhu..minta dihalalkan yerk..!!artikel nih ditujukan kepada para da'ie..insyaAllah bleh meningkatkan semangat utk berdakwah..

Allah... Ujian-Mu silih berganti. Semakin aku menapak di jalan ini, semakin aku diuji. Benarlah jalan ini bukan mudah dilalui. Memang adakalanya aku seakan penat tetapi aku tahu, tidak sepatutnya aku bersikap lemah apalagi menyerah. Maka di saat ini, aku nukilkan sedikit hikmah buat pemangkin diri juga sebagai tatapan mereka yang ingin sama-sama menguatkan diri..
Wahai daie... Janganlah kamu berasa lemah. Tatkala dilambung ombak cabaran. Sedarlah, itu adalah tarbiyah Allah buatmu. Memang, sesekali diuji itu perit, pedih dan menyakitkan. Membuat air matamu gugur satu persatu. Tetapi itu bukan sebab untuk menyerah.
Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala mata-mata manusia melihatmu pelik, jelik malah merendah-rendahkanmu. Bersabarlah... Ingat kembali sabda Rasul S.A.W mafhumnya :
Islam itu datangnya dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang. Beruntunglah mereka yang menggenggamnya ketika ia kembali dagang. [H.R Muslim]
Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala hati-hati yang ingin kau ajak ke arah kebaikan menolak ajakanmu. Ingatlah... Hidayah itu milik Allah. Dia akan memberi kepada siapa yang dikehendaki yakni hamba-hamba yang terpilih, yang berusaha mencari cahaya-Nya. Jangan lekas kecewa dan putus asa. Tugasmu hanya menyeru dan tiap usahamu ada nilainya di sisi Pencipta (sekiranya hati ikhlas kerana-Nya).
Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala kau mewakafkan diri untuk agama ini dan memilih untuk hidup di jalan Allah, maka kau harus bersedia untuk mengharungi liku-likunya. Kau harus tahu jalannya itu licin, curam dan berduri. Terluka itu biasa dan kau harus terima.
Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Meskipun dalam hati terasa berat saat melalui jalan ini. Sukar dan melelahkan. Banyak yang perlu kau korbankan (terutamanya keinginan hawa nafsu). Namun, harus kau tahu dan yakin bahawa ada bahagia di Sana. Bahagia yang tidak bisa dirasai oleh mereka yang ingin hidup biasa-biasa saja. Ada keindahan yang tidak mungkin ditemukan jika memilih untuk hidup untuk dunia semata-mata. Kebahagian dan keindahan itu bisa diraih bila hatimu kau dekatkan dengan Pencipta. Keperitan, kesakitan dan kelelahan seolah-olah 'terbius' oleh kecintaan kepada-Nya.
Wahai daie... Andai kau berasa lemah itu bukan salahmu kerana kau hanyalah manusia biasa. Kerana itu Allah S.W.T telah memotivasikan kita, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. [Ali-Imran 3:139]
Ingatlah, di penghujung hayat kita akan kembali kepada-Nya dan jalan ini satu-satunya jalan selamat untuk bertemu dengan-Nya..
Sesekali terjatuh itu biasa. Tetapi jangan jatuh hingga tak bangun-bangun, itu parah. Hakikatnya nasihat ini untukku. Aku tidak ingin selamanya berasa lemah. Aku harus bangkit dan bersemangat sentiasa. Sungguh, motivasi yang paling penting bermula dari dalam diri.
Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat Belas-Lasihan akan hamba-hamba-Nya. [al-Baqarah 2:207]
Kuatlah sahabatku...

Wednesday, September 7, 2011

Renungan Hadis Hari Ini

Sabda Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id r.a. yang bermaksud:

"Wajib ke atasmu bertakwa kepada Allah kerana takwa merupakan himpunan segala kebaikan.
Wajib ke atasmu tetap berjihad kerana jihad merupakan ibadah orang Islam.
Dan wajib ke atasmu tetap dalam mengingati Allah kerana Zikrullah itu merupakan cahaya bagimu."


(Riwayat Ibnu al-Dharis)

wallahu a'lam...

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

"Allahumma Ballighna Ramadhan.Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan "
Beberapa hari lagi menjelang,tibalah bulan Ramadhan.Adakah bulan ini menjadi simbol keraian atau sekadar adat tahunan?Ini yang perlu kita teliti dan fahami.
Kepada seorang musafir yang dahagakan air di tengah perantauan yang panjang inilah detiknya buat hilangkan sisa dahaga.Kepada perantau yang sesat tanpa arah tujuan inilah jalannya membetulkan haluan yang tersasar.
Sudah tentu bagi Si Abdi hatinya penuh dengan bebunga keriangan.Manakan tidak, ibadah sehari mampu menyamai ibadah seribu bulan. Seorang pekerja yang bekerja ikhlas kepada tuannya akan menerima ganjaran yang setimpal dengan usahanya.Di kala zaman Rasulullah  seorang sahabat bertanya : "Apakah itu malam Qadar wahai Rasulullah?". Baginda menjawab: "Tidak, tidakkah kamu mengetahui bahawa para pekerja, apabila mereka selesai dari pekerjaannya, nescaya akan dibayar upahnya". (Hadis Hasan, Riwayat al-Baihaqi dalam kitab Syua'b al-Iman: 3450)
Hati ini berdesir seketika, di sebalik singkapan Ramadhan, kebanyakan umat Islam tampaknya sering lalai dan lupa.Mereka merasakan bulan Ramadhan ini hanyalah sekadar berpuasa.Kita dapat melihat sendiri di negara kita ini.Bukan ganjaran pahala diutamakan namun santapan makanan didahulukan.Bukan masjid diimarahkan malangnya pasar ramadhan jadi tumpuan. Bukan Al-quran jadi peneman, namun tidur yang diimpikan. Namun di sini sebenarnya saya ingin katakan bukan semuanya masyarakat Malaysia yang beragama islam begitu namun kebiasaan fenomena atau situasi, inilah yang terjadi.
Jika begitu dimana kemeriahan Ramadhan ?Di mana keindahan nya?Adakah ia terletak pada makanan.Atau ganjaran pahalanya?Ayuh kita fikirkan bersama.
Sesungguhnya bulan Ramadhan ini hanyalah sekali sahaja setahun.Ia datang ibarat turunnya kepingan emas dari langit selama 30 hari tanpa henti. Adakah kita hanya ingin menangguk dagu sahaja?Sudah tentu kita akan melakukan sesuatu untuk meraihnya ,bukan?Sebab apa saya katakan begitu kerana bilah-bilah hari kehidupan kita sebenarnya semakin sedikit dari sehari ke sehari, kita tidak tahu detik bila kematian kita. Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat diri kita. Ayuh jangan lepaskannya!
Rasulullah sememangnya sebaik-baik ikutan sepanjang zaman. Baginda tidak akan membiarkan umatnya terkapai-kapai dalam lembah kejahilan. Sudah tentu ada panduan dan pedoman yang diselitkan terutamanya dalam mengecap kemanisan Ramadhan.
Pertama, awasi dirimu agar sentiasa menjaga perkara wajib dan fardhu.Andai dulu solat fardhu dilewatkan tapi kini disegerakan ,andai dulu zakat dilupakan tapi kini hadir sebagai penyumbang budiman.Andai dulu puasa ditinggalkan namun kini dicukupkan kiraan.
Kedua, perbanyakkanlah olehmu amalan-amalan sunat yang mampu menampung dosa dan kesumat.Jadikanlah di bulan ini titik mula perubahan. Bila lagi kita ingin bergerak ke arah satu dimensi yang lebih indah iaitu di bawah payung mahabbah Allah.Oleh itu, jadikanlah kitabul Quran sebagai peneman, Qiamullai itu sebagai rutin harian, zikir kepada Allah sebagai bualan dan amalkan sedekah yang berterusan.
Ketiga,hindari dirimu ke jurang perbuatan haram kerana ianya mampu memusnahkan binaan amalan kebaikan. Jagalah hati daripada dikotori, kerana ia adalah raja. Jagalah mata daripada dosa, kerna ianya pemula nestapa. Jagalah mulutmu daripada umpat dan cela kerna ianya punca bahaya. Jangan sesekali kita biarkan anggota kita melakukan maksiat, kerana ianya hanyalah pinjaman. Bila- bila sahaja nikmat ini boleh ditarik. Janganlah kalian berasa hairan kerana ia bukan milik kita yang hakiki tetapi ianya adalah milik Allah yang abadi.
Keempat, elakkanlah dirimu daripada melakukan perkara makruh kerana Allah membencinya. Misalnya, mendedahkan rongga-rongga anggota badan yang terbuka kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti lubang mulut, telinga, hidung dan dubur. Ketika berkumur awasilah jangan berlebih sehingga tertelan.
Terakhir, di bulan yang mulia ini marilah kita menghayati dan meneliti kebesaran Allah yang maha luas. Ucaplah SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar, sebagai tanda kehambaan. Alangkah banyaknya nikmatmu kenapa ramai manusia yang  masih buta akal dan mata hatinya. Daripada penciptaan manusia hinggalah kejadian cakerawala. Daripada ciptaan laut yang luas terbentang hinggalah gunung yang dipasakkan. Andai kita mengkaji kita akan mengerti, semakin kita belajar semakin kita melihat Allah itu maha besar. Namun satu persoalan yang masih belum terlerai. Mengapa Masih Ada Manusia Yang Mendustakan?
Di bulan yang Barakah ini ayuh kita perbaiki diri kita kearah daerah yang lebih terarah iaitu ke landasan ajaran Islam yang sebenar. Ramadhan ini boleh dikatakan sebagai madrasah tarbiyah. Jika sebelumnya kita seorang yang mudah terbakar namun selepasnya kita menjadi seorang yang sabar, jika sebelumnya kita seorang yang kedekut tetapi selepasnya segala sumbangan kita sambut, dan jika sebelumnya kita seorang pembuat maksiat namun selepasnya kita menjadi seorang ahli ibadat. Semoga perkongsian ini mampu menjana usaha kita ke arah memperoleh kemanisan Ramadhan. Alangkah indahnya Ramadhan jika begini.

Sunday, April 24, 2011

Tinta Kata..

Bismillahhirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..
lme dh xupdate blog nih..brape bln dh ekk..??huhu..tibe2 rndu nk b'blog plak..
bnyk citer nk share kat sini tp skang xde mood nk taip..hehe..ana bg kata2 hikmat la ekk..
(bnyk yg ttg sahabat..=)..)

jangan engkau bersahabat di jalan ALLAH,
kecuali dengan KEHARMONIAN,
jangan engkau bersahabat dengan MAKHLUK,
kecuali dengan NASIHAT MENASIHATI,
jangan engkau berhubung dengan HAWA NAFSU,
kecuali dengan PERMUSUHAN..

ALLAH menguji keikhlasan kita
bila bersendirian
ALLAH memberi kedewasaan
bila kita ditimpa masalah
ALLAH melatih kita dengan kesabaran
dalam kesakitan
ALLAH tak pernah mengambil sesuatu
yang kita sayang
kecuali menggantikannya dengan
sesuatu yang lebih baik..

Diriwayatkan daripada Nabi Muhammad s.a.w., baginda bersabda:
"3 perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu, menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis dan memanggil dengan nama yang disenanginya."
(Hadis Riwayat At-Tabrani)

Diriwayatkan daripada Nabi Muhammad s.a.w., baginda bersabda:
"Tidak lurus(istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan tidak lurus hatinya itu sehingga lidahnya lurus."
(Hadis Riwayat Ahmad)

"Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku & menjaga nama baikku ketika aku hidup atau mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka & duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya."
(Imam Syafie)

Ukhuwah & kasih sayang mukmin terhadap sahabat tidak diukur dengan kerapnya bersua,
bukan dengan hangatnya rindu,
bukan kerana selalu bersama,
tapi..dinilai sejauh mana nama sahabatnya meniti di bibirnya saat dia mendoakan kebaikan untuknya..

Bila tubuhmu lesu & hilang semangat,
ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya,
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,
ALLAH telah mengira setiap titis air matamu,
Bila dirimu terlanjur melakukan dosa,
ALLAH sentiasa menunggu taubatmu,
Bila kau telah mencuba segala tetapi masih tidak berhasil,
ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tidak diduga,
Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman,
ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki,
Hidup bahagia di dunia & di akhirat..

"Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu ikhlas kerana ALLAH,
maka ALLAH akan ganti dengan yang lebih baik dari itu"

wallahu 'alam...

Wednesday, March 16, 2011

"ITSAR"

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

lme dh xupdate blog nih..
ana pun xtau nk start citer mne satu nih...hihi..
tp ana t'tarik dengan perkataan nih.."ITSAR"..tau nk sebutnye ganer??..AISAR....
ana t'ingat satu rancangan kat tv tenteng tajuk nih..
best gop dengar ulasan lanjut drpd ustaz yang menyampaikannya...


"ITSAR" bermaksud satu sikap yang mengutamakan orang lain lebih daripada diri sendiri walaupun kita memerlukan sesuatu yang diberikan itu..

contohnye kita ada sepotong roti yang baru kita beli dengan duit yang cukup2 untuk beli roti t'sebut..tiba2 kita t'nmpak ade org yang kelaparan b'dekatan dgn kita..dgn sifat itsar ini kita pun bagi roti t'sebut kpdnya walaupun kita nk juga mkn roti tuh..

dlm surah al-Hasyr ayat 9 yang bermaksud:
"Dan orang-orang(Ansar) yang mendiami negeri(Madinah) serta beriman sebelum mereka,mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka,dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberikan kepada orang-orang yang berhijrah itu,dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri,sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat.Dan (ingatlah),sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya,maka merekalah orang-orang yang berjaya."


Begitulah Allah s.w.t. menyebut perihal kaum Ansar yang sangat mengutamakan golongan2 yang b'hijrah ke Madinah..
Jadi..ganer kita nk jadi orang yang ade sikap "itsar" nih..???
Allah s.w.t. juga ade berfirman dalam surah an-Nisaa' ayat ke 36..dalam ayat nih kita hendaklah b'buat baik yakni mengutamakan golongan ini..ade 8 golongan yang wajib kita utamakan..
- ibu bapa
- saudara mara
- anak yatim
- orang miskin
- jiran tetangga yg tinggal b'dekatan
- jiran tetangga yg tinggal b'jauhan
- orang yang musafir
- orang yang lemah


ana xdpt nk ulas lebih lnjut pasal 8 golongan nih..tp ustaz tuh ade bgtau jiran tetangga yg tinggal dekat n jauh tu sama mcam sedara mara kita la..wallahu a'lam..

last skali..nk smpaikan pesanan ustaz nih..dalam hidup kita nih jangan pentingkan diri sendiri..kena utamakan orang lain jugak..supaya nanti Allah akan cukupkan keperluan kita pula..Islam mengajar kita supaya jga tepi kain orang wlaupun orang kata jgn jga tepi kain orang lain..kerana Islam agama yg saling m'bantu sesama penganutnya..kita permudahkan jalan orang lain kelak Allah akan permudahkan jalan kita...



Wednesday, February 23, 2011

MUQADDIMAH..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah hidayah dan inayahNya dapat ana coretkan sesuatu yang boleh dikatakan bermanfaat untuk kita semua,InsyaALLAH..Dengan adanya blog Wadah Imani ini bolehlah ana kongsikan informasi dan cerita/kisah yang boleh mendekatkan lagi diri kita bagi memahami dan menghayati Islam dengan lebih mendalam seterusnya mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah memayungi 2/3 dunia...InsyaALLAH.

Hari ini (Jumaat,18/2/2011),seperti biasa ana menghadiri kelas pengajian al-Quran di Masjid Mache..niatnye hanye nak mendalami al-Quran..tapi kebetulan ada juga orang ngajar kat masjid tuh,jdi ana pun dengarlah..tajuk ari ni berkenaan Surah an-Falaq.

Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani.
  1. Katakanlah (wahai Muhammad):"Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
  2. "Dari bencana makhluk-makhluk yang ia ciptakan,
  3. "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
  4. "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
  5. "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".
Begitulah terjemahan surah al-Falaq yang ana amik dlm Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian oleh Sheikh Abdullah Basmeih...
berkenaan terjemahan surah al-Falaq yang disampaikan oleh Ustaz Ridhuan (nama penuh ana xtau..hehe)..sedikit sebanyak memberi ilmu kepada ana mengenai surah ini..al-Falaq?apa maksud al-Falaq?..maksudnye Sekalian Makhluk..Pernah kalian mendengar tentang baginda Rasulullah s.a.w pernah disihir?nak tau berapa lama?..Rasulullah s.a.w. pernah disihir selama enam bulan..dan dalam tempoh tersebut semua perlakuan Baginda sangat pelik..dan disebabkan itulah Allah menurunkan surah al-Falaq dan disertakan dengan surah an-Naas..

Menurut Ustaz Ridhuan,surah ini diturunkan ketika Rasulullah s.a.w. disihir oleh orang Yahudi..dengan cara 11 ikatan diikat pada satu benda pelik dan dicucuk dengan satu jarum (wallahu a'lam..)..lalu Allah telah mengajarkan Nabi Muhammad s.a.w supaya dibacakan surah al-Falaq dan surah an-Naas..ikut logiknye,dalam surah an-Naas ada 6 ayat dan surah al-Falaq ada 5 ayat..maka secara tidak langsung terbukalah 11 ikatan tersebut...

Oleh demikian,menunjukkan bahawa Allah s.w.t. mengajar Nabi Muhammad s.a.w. supaya meminta perlindungan dan pertolongan hanya kepada Allah..bukan kepada yang selain dariNya..Rasulullah s.a.w. hanya manusia biasa yang dibezakan hanya dikurniakan wahyu dan telah diampunkan segala dosanya oleh Allah (bersifat maksum)..

Dalam surah ini,Allah mengajar kita supaya meminta perlindungan kepada Allah dari bahaya yang datangnya dari segala jenis makhluk,terutamanya dari bahaya:

Pertamanya- yang datang dari kejadian gelap: gelap malam yang menjadi peluang kepada sebahagian besar dari makhluk-makhluk jahat yang keluar dari tempat masing-masing melakukan kejahatannya.

kedua- yang datang dari makhluk-makhluk yang berjiwa kotor,yang berusaha membuat fitnah melonggarkan simpulan i'tiqad,menghuraikan ikatan muhibbah,meruntuhkan rumah tangga,memecahbelahkan perpaduan kaum kerabat dan merosakkan masyarakat.Ahli-ahli sihirdan orang-orang seperti itu yang memudaratkan orang lain tergolong dalam kalangan berjiwa kotor ini.Mereka akan menjadi bahan bakar api neraka kalau mereka tidak bertaubat dengan "TAUBAT NASUHA".

ketiga- yang datang dari manusia yang menjalankan tipu daya dan angkaranya untuk menghapuskan sesuatu nikmat Tuhan dari seseorang yang beroleh nikmat itu.Orang yang demikian perangainya ialah orang yang ada dalam jiwanya penyakit hasad dengki.

Kesimpulan daripada tajuk tadi,ana dapat kongsi bahawa surah al-Falaq dan surah an-Naas mesti dibaca dan diamalkan dalam kehidupan kita seharian..dilengkapkan dengan surah al-Ikhlas..insyaAllah Allah akan menjaga kita selagi kita bergantung pertolongan dariNya..
Wallahu a'lam...

YA RASULULLAH...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

12 Rabiul Awal 1432 H..telah b'lalu..ana rasa xt'lewat untuk ana ucapkn SALAM MAULIDUR RASUL utk kalian semua..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..penghulu para nabi & rasul..serta ahli keluarga dan para sahabat Baginda s.a.w..

Ari ni ana nk share satu lirik lagu yang ana rasa sgt mengusik jiwa ana..
kalu kalian semua nk rasa gtu jgak..hayati ar bait2 lirik lagu nih..
(kalu de salah lirik..sory ek..)

Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Namun hati tetap gembira
Syafaatmu menanti di sana

Sungguh tabahnya hatimu
Menanggung derita yang melanda
Biar pun perit pedih tersiksa
Kerana umat kau tempuhi jua

Wahai Rasul kaulah segalanya
Contoh terbaik umat akhir zaman
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai Rasul kami merindui
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
Manis senyumanmu penawar hiba
Di hati kami engkaulah segalanya..

Smoga ALLAH memberi hidayah-NYA kpd kita utk terus mencintai Rasulullah s.a.w..dan mengamalkan sunnah-sunnah Baginda s.a.w...insyaALLAH..

Sunday, February 20, 2011

TIPS UNTUK MENJADI CANTIK..

Ana nak kongsikan beberapa tips nih..faham2 aje yerrrr....
  • Supaya bibirmu kelihatan menawan,tuturkanlah kata-kata yang baik.
  • Supaya matamu cantik bersinar,lihatlah kebaikan yang ada pada orang lain.
  • Supaya bentuk badanmu langsing,kongsilah makananmu dengan mereka yang lapar.
  • Supaya rambutmu lembut mengurai,biarkan anak-anak membelainya setiap hari.
  • Supaya dirimu sentiasa berkeyakinan,hiduplah dengan ilmu dan engkau tidak akan keseorangan.
  • Manusia perlu diperbaiki,diperbaharui,ditebus,dipulih,dan diselamatkan,jangan pinggirkan sesiapa.
  • Ingat,jika engkau perlukan bantuan,engkau akan temuinya di  hujung kedua-dua tanganmu.
  • Apabila engkau meningkat dewasa,engkau akan dapati yang engkau mempunyai 2 tangan iaitu 1 untuk membantu dirimu,dan 1 lagi untuk membantu orang lain.