selamat datang..!!!

Thursday, May 9, 2013

KEKASIH SEBENAR KITA

Assalamualaikum..lme doh x update blog nih..
b'sawang le gamaknyerr...!!
ana nk share something nih..

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan, Allah melalui kehidupan 
Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai 
menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan 
sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas 
memberikan kutbah, 
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah 
dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah 
kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al 
Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, 
bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang 
mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." 
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata 
Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap 
sahabatnya satu persatu. 
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar 
dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman 
menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya 
dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah 
tiba. 
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati 
semua sahabat kala itu. 
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan 
tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, 
tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap 
Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika 
turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh 
sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan 
detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu 
rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, 
Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya 
yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang 
menjadi alas tidurnya. 
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang 
berseru mengucapkan salam. 
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. 
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang 
membalikkan badan dan menutup pintu. 
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata 
sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 

"Siapakah itu wahai anakku?" 
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini 
aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. 
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan 
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi 
bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan 
sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. 
Dialah malakul maut," kata Rasulullah, 

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut 
datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa 
Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian 
dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di 
atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan 
penghulu dunia ini. 
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" 
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah 
menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti 
kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak 
membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh 
kecemasan. 
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya 
Jibril lagi. 
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" 
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku 
pernah 
mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga 
bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di 
dalamnya," kata Jibril. 
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan 
tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh 
tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya 
menegang. 
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan 
Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di 
sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril 
memalingkan muka. 
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu 
Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar 
wahyu itu. 
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah 
direnggut ajal," kata Jibril. 
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana 
sakit yang tidak tertahankan lagi. 
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua 
siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan 
Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak 
bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak 
membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan 
telinganya. 
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, 
peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah 
di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar 
bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah 
menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali 
mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai 
kebiruan. 
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, 
umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang 
memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai 
sepertinya?


Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik 
wa salim 'alaihi 


Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

BUKTI AL-QURAN DIPELIHARA..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

ari ni..ana nk kongsikn sdikit citer kat cni..
ana dpt ilham dri sbuah mjlah..
nk diciterkn de seorang lelaki Nasrani (Kristian) yang masuk Islam kerana telah menemui bukti bagaimana kitab suci al-Quran dipelihara oleh Allah...
Molek sgt ar kita amik citer nih sbg iktibar..

Lelaki Nasrani ni dikatakn slalu mengganggu majlis ilmu yang diadakan di istana khalifah (xtau ar pulok nama khalifat tuh)..Setiap kali khalifah tuh wat majlis ilmu kat istananya,lelaki tu mesti wat kacau..sehingga mengganggu kelancaran majlis tersebut..Tp,khalifah tetap sabar dengan tindakan lelaki Nasrani tersebut..
Sehinggakan pada suatu ari,lelaki Nasrani tuh hadir ke majlis ilmu tersebut..tp xpulok wat kacau..khalifah td pun pelik..pelik wehh..(huhu)..

"Wahai lelaki Nasrani,mengapa ari ni engkau xwat kacau mcam biasa."..(camtu ar khalifah ni tnye..)

Lalu,lelaki tu balas.."Mulai ari ni,jangan panggil saya Nasrani sebab saya dah mengucap dua kalimah syahadah.."

Dia pun citer ar kat khalifah tuh camne dia boleh masuk Islam.
Suatu ari tuh,dia wat ar naskhah al-Quran yang cantik bertintakan emas untuk dijual..tp dia doh ubah satu ayat yang dia ingat owg len xkan perasan ayat tuh bila nk beli..tujuannye nk sesat & kelirukan umat islam..

Pelanggan pertama ialah seorang peniaga lelaki yang kebetulan datang bersama anaknya yang hafaz Quran..apabila anak nya ingin melihat isi al-Quran tersebut,lelaki tu pun buka helaiannya.Ditakdirkan Allah,lelaki tersebut buka tepat kat muka surat yang diubahnye..jdi,si anak tdi dapat tau ada kesalahan kat ayat tersebut..lalu peniaga tdi menolak untuk membeli naskhah tu..

Pelanggan kedua pulok,seorang wanita.Dia juga xmau beli naskhah al-Quran tersebut dengan alasan ia bukan seperti yang slalu dibacakannya..kerana wanita tersebut juga perasan dengan kesalahan ayat tuh..

Perkara yang sama berlaku juga kepada pelanggan yang ketiga..

Lalu yakinlah lelaki Nasrani tuh bahawa Allah menjaga kitab umat Islam daripada sebarang penyelewengan & pengubahsuaian..

"Itu ar citer yang mendorong saya memeluk Islam,"(ubah ayat ckit)..citer lelaki Nasrani..(oppsss..lelaki Islam) kepada khalifah.

Dan Perempuan Baik Yang Bercinta, Pada Hari Valentine


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..lme xupdate blog nih..tebal doh sawang cni..hoho..xtau gapo nk tulis doh..heeee..tp meh le kite citer something cket..pasai CINTA..
krik..krik..krik..!! >.<
'VALENTINE DAY'
Melihatkan sahaja tulisan itu pada akhbar yang aku baca, sekonyong-konyong aku sedar, aku pernah berada di situ. Aku pernah berpenampilan resah hanya untuk hadir pada tarikh 14 Februari, Aku pernah mengewap gusar pada rasa hari Valentine, dan hari ini, kenangan  itu menggeser lagi.
Muda.
Apa yang aku ingat, waktu itu aku masih muda, baru usai SPM. Aku menandai garis waktu itu, dengan muzik kegemaran aku. Sebagai gadis Melayu, aku tetap bermegah-megah dengan bahasa aku. Maka, kumpulan Slam, Ukay, Spring, adalah muzik yang tidak pernah berhenti bergemerencang dalam telinga. Lagu-lagunya, menjunjung cinta hingga ke bintang, bait rindunya dibenamkan hingga ke jurang Mariana, namun apa yang aku tidak tahu, lagu-lagu itu juga yang berdingkit-dingkit mendorong aku bagi mendamba cinta lelaki.
Masih remaja, masih muda, dan segala-galanya terlihat sangat luar biasa, lalu semuanya mahu dicuba. Dan akhirnya, aku jatuh cinta kepada lelaki itu.
Lelaki.
Aku menemuinya di rumah ibu saudara. Diberitahu, bahawa lelaki itu anak angkatnya, dan dia belajar tinggi di luar negara.
Pada pertama kali menatapnya, aduhai, perasaan aku terus berasa hening, sepertinya aku berangkat ke pulau tiada penghuni. Dan apabila dia tersenyum, ia melahap mentah-mentah jiwa aku.
Benarlah kata bijak pandai, cinta itu adalah kemenangan khayalan ke atas akal fikiran. Hanya dengan khayalan aku akan bahagia dengan lelaki itu, aku berani mengatakan aku sudah jatuh cinta.
Mujur, aku masih diyakinkan dengan satu lagi kata bijaksana, cinta akan hilang keindahannya, apabila tidak lagi dirahsiakan. Namun yang paling utama, waktu itu sebenarnya aku masih malu. Ya, aku perempuan, dan pasti malu itu adalah sesuatu yang sangat wajar.
Itulah bencana kepada perempuan pemalu yang jatuh hati. Ia akan menyeksa hati dengan hasrat yang diperam-peram. Namun, ia juga adalah kemujuran yang sangat besar, kerana pada ketika akal sudah kalah pada khayalan, pada ketika ajaran agama sudah dipermudah-mudahkan, masih ada benteng halus yang bernama malu, yang menjadi benteng akhir kepada iman.
Itulah seksanya. Mahu diluah, malu, mahu dibiarkan, terasa seksa. Dan pada ketika dunia terasa seperti digelapkan oleh awan hitam yang bernama cinta, hadirlah hari itu, 14 Februari, hari Valentine.
14 Februari.
Waktu itu, dengan hati yang sudah bengkak-bengkak menahan rasa cinta, aku duduk di sebelah ibu. Aku ingat lagi, waktu itu hujan renyai, sejuk, aku merapat dengan ibu bagi mendapatkan haba dan kasih, sambil mata memandang ke televisyen, yang ada rancangan berbicara berkenaan hari Valentine.
Akal aku waktu itu berputar. Aku tahu, aku boleh menggunakan situasi ini bagi mendapatkan sesuatu daripada ibu berkenaan cinta. Paling tinggi, ibu memberi restunya, atau yang paling bawah, ibu berkata, "jangan bercinta, habiskan dahulu pelajaranmu", dan aku boleh meneruskan hidup dengan alasan, 'aku tidak akan bercinta selagi belum habis belajar kerana itulah pesan ibu'.
"Memang hari Valentine adalah hari orang Islam Sepanyol disembelih?" soal aku, memulakan bicara.
"Entahlah. Ibu tidak tahu. Bukan kamu tidak tahu, ada berbagai-bagai versi berkenaannya. Namun, walau banyak versi sekalipun, ia tetap tidak menutup ruang bagi umat Islam menyambut Valentine," jelas ibu, sehingga aku sedikit terkejut bercampur lucu, kerana jarang sekali ibu bicara begitu serius, selain pada waktu aku berbuat salah.
"Mengapa ibu nampak serius?" Aku tergelak kecil.
"Kerana kamu." Ibu memandang aku, dan aku tahu, itu pandangan penuh kasih sehingga aku boleh berasa hangatnya pandangan itu dalam hati.
"Mengapa saya?"
Seketika aku menjadi gusar. Adakah ibu tahu rahsia hati aku?
"Kamu perempuan, kamu masih muda, ada rupa, dan pasti ada ramai lelaki yang menjeling. Namun paling ibu risaukan, adalah hati kamu kerana ibu tidak mampu menjaga mahunya. Dan pasti, pada suatu ketika kamu akan jatuh cinta, dan pada ketika kamu jatuh cinta, ibu menjadi sangat khuatir." Mata ibu menceritakan apa yang diucapnya itu, adalah sangat dia maksudkan.
"Maksud ibu?" Aku kembali semakin ragu-ragu.
"Ibu setuju dengan semua perkara yang diperbuat pandai agama bagi menghalang budaya sambutan Valentine, tetapi secara tidak sedar, mereka menjadikan hari valentine itu sangat istimewa." Ibu semakin fasih bicaranya. Dan aku semakin tidak tahu ke mana ibu mahu membawa bicara seperti itu. Aku angguk kemudian diam.
Ibu tahu reaksi itu, itulah reaksi aku yang tidak faham.
"Istimewa itu bukan sekadar bermaksud kepada perkara yang diraikan, tetapi istimewa itu juga adalah pada perkara yang dilarang. Tidak ada masalah melarang hari Valentine bagi disambut, tetapi tanpa sedar ia akan membuatkan hari Valentine menjadi semakin istimewa, kerana kita hanya melarang hari, tetapi tidak menghilangkan maksud hari itu. Menghalang, menjadikan Valentine terasa istimewa, dan maksud hari itu ikut terasa istimewa. Dengan itu, pasangan kekasih boleh menyambut 'hari Valentine' pada setiap hari kerana ia dianggap istimewa. Jadi, walaupun kita berjaya pada 14 Februari, belum ada jaminan kita berjaya pada 15 Februari dan seterusnya." Ibu berhenti, menarik nafas selepas penerangan yang panjang.
Bagi menunjukkan kasih, aku bertanya juga, "Jadi, apa yang ibu mahu cadangkan?"
Ibu diam. Jelas dia mengatur bicara, sebelum dengan tatap kasih dia memandang aku.
"Ibu mahu menjaga kamu dahulu."
"Menjaga saya?" Aku mengerut dahi.
"Ya, menjaga kamu dengan memberitahu kamu sesuatu berkenaan cinta, supaya kamu mengerti bahawa cinta itu adalah sangat biasa. Tidak ada apa-apa istimewanya berkenaan cinta. Cinta itu sama biasanya dengan kuku yang boleh tumbuh selepas dipotong. Dan di situlah silapnya banyak manusia, kerana menganggap perasaan cinta itu sangat istimewa. Mereka menyangjungnya sampai hilang akal, kerana mereka tidak sanggup kehilangan sesuatu yang istimewa. Dan kamu sendiri, adakah kamu sanggup kehilangan sesuatu yang istimewa?"
Aku menggeleng, dan ibu terus menyambung,
"Manusia apabila sudah tidak sanggup kehilangan yang istimewa, mereka akan berbuat apa sahaja. Mereka menganggap ia sesuatu yang ajaib, padahal itu cumalah ilusi. Dan lebih menakutkan, pada ketika manusia menganggap cinta bukanlah berkenaan apa yang kita peroleh, tetapi adalah berkenaan apa yang kita beri, iaitu segala-galanya. Pada ketika tahap itu, maruah akan kita beri, keingkaran agama akan kita beri, dan iman juga akan kita tukarkan kepada cinta. Sedangkan, iman itulah yang perlu dianggap istimewa, bukannya cinta," jelas ibu, dan ada yang aku setuju walaupun banyak yang aku keliru.
"Jadi mengapa orang mengatakan cinta itu istimewa? Malah orang-orang pandai agama juga berkata begitu."
Dengan wajah tersenyum ibu memandang aku, "Anakku, cinta itu sangat biasa, kerana semua orang akan melalui perasaan cinta, tetapi tidak semua orang akan menikmati perasaan cinta, dan pada ketika cinta mampu dinikmatilah, barulah ia menjadi istimewa."
Aku pandang ibu, ibu terus-terusan tersenyum.
"Ibu sudah memberitahu kamu, iman lah yang perlu dianggap istimewa. Apa sahaja perkara baik yang dicampurkan dengan 'istimewa' akan menjadikan ia 'istimewa'. Begitu jugalah cinta. Cinta itu sangat biasa, tetapi apabila ia dicampurkan dengan 'iman' barulah ia menjadi cinta yang istimewa. Kamu tahu mengapa ia istimewa?"
Aku diam, keliru.

"Kerana, dengan campuran iman dan cinta, iman akan bertambah-tambah dan paling nikmat, adalah rasa cinta itu juga semakin bertambah banyak. Dan kamu tahu bagaimana kita mengenal cinta itu semakin banyak? Apabila, pasangan tadi tidak berhenti berusaha membahagiakan pasangannya. Sekiranya dahulu sering SMS, selepas nikah tetap berusaha SMS. Begitu jugalah sebaliknya, cinta akan terhenti apabila, ada antara pasangan sudah berhenti berusaha."
Aku mengerti bicara ibu itu, tetapi aku masih tidak mampu mengaitkannya dengan hari Valentine. Namun, tetap juga kata-kata ibu itu melegakan cinta dalam hati aku. Rupa-rupanya, ia cuma perasaan biasa, hanya kerana aku menganggapnya ia istimewa, maka aku berasa sangat tertekan.
"Itulah, yang ibu harapkan kepada bijak pandai agama. Melarang itu sudah betul, namun sekiranya terhenti setakat melarang, ia cuma menjadikan hari Valentine itu istimewa. Bijak pandai agama, selepas bercerita berkenaan asal-usul hari Valentine yang banyak versi itu, ceritakanlah juga berkenaan cinta Islam yang hanya ada satu versi. Ceritakanlah, berkenaan psikologi cinta, supaya ramai tahu, cinta itu sangat biasa, tidak perlu disambut, tidak perlu Valentine, tetapi ia perlu dinikmati, dan hanya ada satu cara menikmati cinta, iaitu bernikah.  Dan ingatlah anakku, cinta itu buta, dan nikah akan kembali membuka matamu."
Aku tersenyum lebar, dan seketika, aku kembali tenang, aku berasa seperti burung yang terbang di bawah pelangi pagi.
"Kalau saya jatuh cinta, bagaimana?" Aku mula berani mengusik ibu.
"Kalau kamu jatuh cinta, jadilah perempuan baik yang bercinta."
"Perempuan baik yang bercinta?" Aku pula kembali terasa diusik, apatah lagi melihat ibu menyuntingkan senyuman nakal.
"Perempuan baik itu adalah suatu proses. Jangan sesekali mencuba menjadi perempuan baik hanya dalam masa sehari, tetapi berusahalah menjadi perempuan baik sampai kamu mati. Kerana, pasti orang seperti kita ada melakukan dosa, tetapi bangkitlah kembali dengan taubat. Itulah perempuan baik bagi ibu, iaitu perempuan yang sentiasa berusaha menjadi hamba kepada Allah yang taat. Dan taat kepada Allah, kamu tahu ia bukan sekadar satu dua perkara, tetapi ribuan perkara, meliputi hal ayah ibu, suami, anak, jiran, ibadah, menjaga maruah, menjaga mulut, taubat, dan banyak lagi.  Itulah perempuan baik bagi ibu, perempuan yang sentiasa berusaha ke arah perkara yang baik-baik."
"Dan bercinta pula?" soal aku malu-malu.
Ibu tersenyum lebar, lalu berkata, "Sukar sebenarnya. Tetapi tetap ada petua. Pada ketika kamu  menerima lamaran seorang lelaki, pada ketika itulah kamu periksa kata-kata, yang mula-mula keluar daripada hati kamu. Perempuan biasa yang bercinta akan berkata dalam hati,  "Aku cintakan dia, sebab itu aku perlukan dia." Sedangkan perempuan baik, dalam hatinya akan berkata begini, "Aku perlukan dia, sebab itulah aku cintakan dia." Pada ketika 'perlu' yang datang terlebih dahulu sebelum cinta, kamu ada peluang menjadi perempuan baik yang bercinta. Kemudian semak maksud 'perlu' dalam hati kamu. Adakah kamu perlu lelaki beriman yang dapat membimbing, ataupun perlu kepada lelaki kaya yang dapat menyenangkan. Sekiranya kamu 'perlu' kepada lelaki beriman yang membimbing, kamu adalah perempuan baik yang bercinta."
Aku terus memeluk ibu erat-erat, aku cium pipi ibu, dan ibu cium dahi aku lalu berkata, "Ingat, kamu adalah harapan ibu, bukan sekadar di dunia tetapi di akhirat sana. Jadilah perempuan baik, bukan kerana ibu, tetapi kerana Allah, kerana ibu juga sangat menyayangi kamu seadanya kamu, kerana Allah."